Konservasi dan pemuliharaan Tuntung sungai utara

Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.
Cari sumber: "Tuntung sungai utara" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Aktiviti pemuliharaan spesies tuntung kini merupakan salah satu agenda penyelamatan spesies hidupan liar yang bergerak aktif. Misalnya di Malaysia, aktiviti seperti ini diusahakan oleh PERHILITAN di Perak. Populasi tuntung di Malaysia khususnya di sekitar Sungai Perak mengalami kemerosotan yang teruk dalam tempoh 30 tahun; kini status tuntung berada dalam keadaan amat terancam dan hampir pupus.

Langkah konservasi tuntung yang diamalkan oleh Perhilitan negeri Perak biasanya bermula dari aspek pengutipan telur tuntung, pengeraman, penjagaan lepas menetas, pelepasan, penguatkuasaan dan pengawalan.

Tuntung betina yang telah bertelur di tepi muara akan meninggalkan telurnya begitu sahaja sebaik dikambus dengan pasir. Para pekerja Perhilitan akan bertanggungjawab untuk memantau dan mengawal kawasan pendaratan tuntung dengan lebih kerap bagi mengelakkan telurnya daripada dicuri. Seawal pukul 7.20 pagi, pekerja Perhilitan akan pergi ke kawasan pendaratan tuntung untuk melihat dan memeriksa sama ada terdapat telur tuntung yang tertanam. Tapak bertelur yang mengandungi telur akan dikorek dan dikeluarkan telurnya dengan berhati-hati. Semua telur dipindahkan ke pusat rehabilitasi tuntung di tepi Sungai Perak, Bota Kanan, Perak.

Telur tuntung yang telah dikutip akan dieram di tapak eraman khas yang berpasir dan bersangkar. Tuntung yang berjaya menetas akan dijaga rapi dan diletakkan dalam besin untuk dibiarkan berenang dengan bebas. Setiap anak tuntung pada mulanya akan diberikan makanan palet yang berzat penuh dengan mineral dan multivitamin bagi membolehkan ia membesar dengan cepat dan sihat. Tuntung yang telah berumur 1-2 tahun akan diberikan makanan mengikut diet semula jadinya seperti ikan kecil dan bayam segar. Sayur tersebut akan dinyahracun bagi mengelakkan tuntung cepat sakit dan mati. Pemberian makanan biasanya dilakukan pada pukul 10.00 pagi.

Kolam tuntung akan sentiasa dibersihkan sekerap mungkin iaitu seminggu sekali bagi mengelakkan jangkitan penyakit. Tuntung yang sudah berumur 2 tahun dan ke atas biasanya akan dimasukkan mikrocip pengesan, ini bagi membolehkan tuntung dikesan apabila dilepaskan ke habitat asalnya.

Kos penyelenggaran dan perbelanjaan pemuliharaan dan pemeliharaan tuntung dianggarkan memakan belanja sehingga RM 85,000 setahun. Tuntung di Malaysia merupakan haiwan eksotik perlindungan penuh dibawah Akta Hidupan Liar 2010 yang melarang mana-mana orang dari menangkap, memakan, menjual tuntung dan telurnya.

Pusat Konservasi Tuntung

Disarankan bahawa rencana ini digabungkan dengan laman baru. (Perbincangan)

Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung di Bota, Perak terletak di Kampung Bota Kanan, daerah Perak Tengah iaitu kira-kira 50 km dari Bandar Ipoh.[6] Pusat yang ditubuhkan pada 1968 adalah sama dengan majlis yang berlangsung pada tahun 1630-an di mana Sultan Perak ketika itu Sultan Mudzaffar Shah II melepaskan tuntung ke Sungai Perak. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk memulihara tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur.

Tuntung sungai (Batagur baska) dan tuntung laut (Batagur borneoensis) merupakan spesies reptilia yang di pelihara di kolam-kolam pembiakan di pusat konservasi ini. Spesies tuntung ini dipelihara dan dibiakkan bagi mengelak kepupusan akibat aktiviti-aktiviti pengambilan pasir sungai yang tidak terkawal. Pasir sungai merupakan komponen utama di dalam habitat semula jadi spesies ini.

Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan merupakan pusat pemuliharaan tuntung yang terbesar dengan bilangan mencapai 1356 ekor. Selain menjadi kawasan bagi pemuliharaan, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara terutamanya bagi pelajar-pelajar yang meminati spesies hidupan liar ini.

Telur-telur tuntung yang diperolehi pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat pemuliharaan. Tempoh masa pengeraman telur-telur tuntung ini antara 75 hingga 100 hari. Terdapat sepuluh buah kolam pembiakan tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara tuntung mengikut peringkat umur masing-masing bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung tertua yang terdapat di sini berusia 37 tahun.

Rujukan

WikiPedia: Tuntung sungai utara http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/perkhidmat... http://www.doa.gov.my/index/resources/perkhidmatan... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://www.gbif.org/species/2443698 https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://animaldiversity.org/accounts/Batagur_baska... https://eol.org/pages/795612 https://apiv3.iucnredlist.org/api/v3/taxonredirect...